Kejohanan bolasepak hubungan antara kaum
PASUKAN ONLIGHTING A MUNCUL JUARA
Kubang Kerian: Pasukan Onlighting A muncul juara dalam kejohanan bolasepak hubungan antara kaum yang beralngsung
di padang Universiti Sains Malaysia (USM) cawangan Kelantan 18 April lalu.
Tempat kedua bagi kejohanan berkenaan dirangkul oleh kumpulan Balai Bachok.
Menurut pengurus kejohanan, Haji Abdul Rahman Yunus sebanyak 18 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.
Ahli Majlis Masyuarat Kerajaan Negeri, Dato Anuar Tan Abdullah ketika berucap di majlis penutup kejohanan itu berkata,
Kelantan di bawah pimpinan ulamak tidak membeza-bezakan rakyat berdasarkan kaum.
Islam mengajar kita melihat manusia sama taraf dan mereka harus di beri hak-hak yang sama, katanya.
Menurut Dato Anuar, masyarakat bukan Islam di Kelantan perlu mengambil bahagian dalam program-program anjuran kerajaan
suapaya kebajikan mereka tidak diabaikan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenali, Haji Muhammad Daud Iraqi yang turut berucap di majlis berkenaan
menyeru masyarakat bukan Islam memberi penjelasan tentang sikap kerajaan negeri terhadap mereka.
Sebelum Pas diberi peluang memerintah, pihak lawan menggambarkan orang bukan Islam akan ditindas di bawah pemerintahan
Pas tetapi selepas lebih 13 tahun memerintah kita lihat masyarakat bukan Islam terus maju di negeri ini, kata beliau.
Beliau yakin masyarakat Islam di luar Kelantan akan turut menerima sistem politik berasaskan Islam jika penjelasan
disampaikan sendiri oleh rakan-rakan mereka di Kelantan.
Kita tidak harus terus menerus diselubungi fitnah dan tohmah yang tidak berasas mengenai sistem politik Islam, katanya
lagi.
Pasukan On-Lighting (Johan) dan Balai (Naib Johan) bergambar bersama Dato Anuar Tan dan Haji Muhammad Daud Iraqi