POLIGAMI:
SISTERS IN ISLAM PERKAKAS SIAPA?
Oleh Mohamed
Zainal Abidin Hussin
Sisters
in Islam (SII) menjadi nama yang cukup terkenal kebelakangan ini. Kegemparan berlaku apabila kumpulan ini bersama sekelompok
badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita mengundang isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endun Mahmud melancarkan kempen
menentang syarak, satu suami satu isteri.
Hampir semua
mufti dan tokoh-tokoh Islam memberi reaksi serta merta yang serupa terhadap kempen ini, boleh membawa murtad.
Kempen ini
telah membawa polemik meluas dalam masyarakat Malaysia. Astora Jabat yang baru saja memimpin majalah al-Islam mengadakan satu
program khas yang dinamakan Debat Al-Islam, Monogami atau Poligami.
Ahli panel
utama debat itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Mohammad Yusoff Hussain, menolak
pandangan yang cuba mengaitkan poligami dengan segala kepincangan dalam institusi keluarga.
Penganiayaan
terhadap isteri menurut beliau tidak ada kaitan dengan poligami.
Terdapat
banyak kes suami beristeri satu yang mendera isteri, tegas beliau.
Poligami
menurut beliau dibolehkan dalam Islam bukan semata-mata untuk menyelesaikan masalah lelaki malah yang lebih penting ialah
masalah wanita.
Beliau mahu
masyarakat menukar ketetapan minda bahawa poligami bukan untuk lelaki tetapi untuk wanita.
Dalam minda
kita sekarang, poligami adalah untuk kaum lelaki, sedangkan ia sebenarnya untuk wanita, sebab wanitalah yang ramai terlibat
dengan poligami, sedangkan lelakinya cuma seorang, kata beliau.
Malah, dalam
keadaan tertentu poligami boleh membantu kaum perempuan, misalnya peperangan yang menyebabkan kehilangan ramai kaum lelaki
yang meninggalkan balu dan anak-anak yatim atau dalam keadaan bilangan perempuan melebihi kaum lelaki.
Bagi beliau
hukum dan amalan poligami dalam masyarakat Islam tidak harus dipertikaikan.
Cuma yang
boleh dipertimbangkan kata beliau ialah mereka yang ingin berpoligami harus disyaratkan mengikuti kursus tertentu.
Kurus ini
bertujuan untuk memastikan suami-suami yang berpoligami benar-benar menjalankan
tanggungjawab mereka selepas perkahwinan kedua.
Seorang
lagi panelis debat itu, Dr. Lolo Mohd. Ghazali memberi pendapat yang tidak jauh berbeza.
Keharusan
berpologami yang diberikan Islam kata beliau harus dinilai secara rasional dan penuh keikhlasan.
Hukum tentang
poligami menurut beliau diturunkan Allah selepas berlakunya perang Uhud di mana berlaku banyak kematian para syuhada menyebabkan
ramai anak yatim dan janda yang memerlukan pembelaan.
Menurut
beliau, poligami bukan diperkenalkan oleh Islam walaupun media barat begitu beria-ia
menghubungkaitkan poligami dengan Islam.
Wakil SII
dalam debat ini, Nik Noriani Nik Badlishah bagaimanapun terus menunjukkan rasa tidak puas hati terdapat kewujudan poligami.
Dengan merujuk
kepada larangan Rasulullah terhadap sayyidina Ali supaya tidak berkahwin dan arahan supaya berlaku adil dalam al-Quran beliau
berpendapat tidak harus sama sekali poligami berlaku tanpa keizinan isteri pertama.
Malah bagi
beliau isteri pertama mesti diberikan pilihan untuk bercerai jika suami berpoligami tanpa persetujuannya.
Sanggahan
ini berasaskan tuntutan dalam kempen satu suami satu isteri yang meminta pihak berkuasa agama memasukkan taklik dalam pernikahan
yang membolehkan pihak perempuan meletakkan syarat suami tidak boleh berpoligami.
Sebenarnya
telah banyak perbincangan yang dibuat untuk meningkatkan keharmonian dalam rumah tangga umat Islam.
Kesedaran
tentang pelbagai kepincangan pendidikan dan sosial dalam masyarakat Islam bagaimanapun tidak keluar dari kerangka hukum dan
amalan Islam.
Apa yang
cuba dikemukakan oleh SII sebenarnya agak berlainan.
Pemikiran
ini kelihatan cuba mencabar hukum dan ketetapan Allah tentang rumahtangga yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Percubaan
memaksakan taklik ini merupakan satu cabaran terhadap hukum Allah SWT.
Memang semasa
memulakan kehidupan berkeluarga, bukan sahaja pihak perempuan, pihak lelaki pun tidak akan membayangkan perpisahan atau sebarang
perbalahan.
Namun manusia
hanya merancang dan Allah SWT maha berkuasa untuk menentukan pelbagai peristiwa masa depan.
Dengan ilmu
Allah yang maha mengetahui inilah hukum-hukum ini ditentukan supaya wujud fleksibiliti bagi manusia dalam menyelesaikan kebuntuan
apabila masalah yang tidak terlintas di peringkat awal tiba-tiba muncul.
Bagaimanapun
golongan seperti SII memang sengaja memperalatkan persoalan-persoalan yang menyentuh emosi seperti poligami untuk menyerang
hukum-hukum Islam.
Keadaan
menjadi lebih terserlah apabila pengarah eksekutif SII, Zainah Anwar sendiri mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional
Melayu yang tidak berkahwin.
Zainah menyifatkan
kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana
menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot.
Lelaki Melayu
kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.
Isteri terus
dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan,
katanya.
Berasaskan
kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami.
Pemikiran
ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu Islam ini dalam tulisan beliau Ending
of Patriarchy yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003.
Tulisan
ini mencabar hukum-hukum Islam semasa sebagai hukum ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT.
Saya tidak
percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka
duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami, katanya.
Para Mullah
kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil
isteri kedua, ketiga dan kempat sesuka hati.
Mereka (mullah)
berkata saya tidak dibenarkan mempersoalkan peraturan ini kerana ia adalah hukum Allah yang mutlak, kata beliau dalam tulisan
itu.
Kenyataan-kenyataan
seperti ini memang dengan cepat mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang prihatin.
Penolong
pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Mohd. Shauki Abdul Majid menganggap kenyataan Zainah sebagai sikap tidak
ilmuan dan sait jiwa yang perlu diubati segera.
Tuduhan
lelaki kolot merupakan satu escapism bagi menyorot sikap dan tingkah laku yang terlalu memilih jodoh, kata beliau.
Bagi beliau
anggapan perkahwinan sebagai satu yang membebankan bertentangan dengan ajaran Islam kerana perkahwinan adalah sunah Allah
s.w.t yang berlaku umum bagi semua makhluknya.
Pemikiran
anti kahwin secara sah kata Shauki telah cuba dipaksakan dalam ajaran komunis di mana Frederich Angles pernah menulis dissertasi
terkenal Pemaksaaan Perempuan pada tahun 1869.
Hampir semua
pihak yang objektif akhirnya menyimpulkan bahawa kehidupan tanpa perkahwinan telah membawa huru hara yang tidak terperi kepada
individu dan masyarakat.
Tidak ada
negara di dunia sekarang yang menolak hidup berkeluarga. Malah kehancuran rumahtangga (broken homes) telah diterima
di peringkat antarabangsa sebagai punca berlakunya segala macam gejala keruntuhan sosial.
Seperti
yang dinyatakan oleh Ku Seman Ku Hussain, kita yang waras jangan sekali-kali menganggap semua wanita yang berkahwin agak lambat
atau terus membujang sependapat dengan SII. Kalau kita menganggap begitu, ternyata sangat tidak adil kepada wanita.
SII boleh
bercakap begitu kerana mereka sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan wanita-wanita Islam. Tetapi jangan melihat mentaliti
wanita daripada persepsi serong dan prejudis SII. Kalau kita mengikuti perjuangan (kononnya) SII, mereka selalu mengambil
jalan singkat, provokatif malah membelakangkan realiti.
Jika diteliti
segala perkembangan ini, jelaslah agenda sebenar SII bukan kecil. Sasaran sebenar kumpulan seperti ini lebih jauh dari soal
perjuangan gender dan pembelaan terhadap wanita Islam semata-mata.
Ini kerana
gerakan wanita Barat yang dikenal sebagai womens imancipation itu sendiri telah lama lenyap dari pendengaran umum.
Gerakan
ini seperti dinyatakan oleh Dekan Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya
Zaleha Kamaruddin, yang berkiblat dan taksub dengan aliran Barat sebenarnya jahil dan gagal menilai keadaan semasa dan menawarkan
penyelesaian konstruktif.
Jika kumpulan
berkenaan ikhlas mahu membela nasib wanita, katanya, mereka perlu bersikap terbuka dan mendalami semua masalah yang melanda
umat Islam secara menyeluruh.
Menurut
beliau, pertubuhan wanita yang yang mengikuti perkembangan Barat dan mahu menerapnya di Malaysia perlu menyedari bahawa Barat
bukanlah segala-galanya.
Fokus sebenar
langkah-langkah mereka ialah mempersoal, meperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan
hukum-hukum Islam.
Apa yang
membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan.
Seperti
yang dapat dilihat dalam kempen satu suami satu isteri, pelancarannya dilakukan sendiri oleh isteri Timbalan Perdana Menteri.
Selepas
kempen itu mendapat reaksi keras dari badan-badan dan tokoh-tokoh agama, Datuk Seri Abdullah Badawi mahu perkara itu dirujuk
kepada JAKIM.
Malangnya
sehingga sekarang tidak ada kenyataan tertinggi dari badan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam itu.
Selain kelihatan
dilindungi oleh pihak tertentu dalam negara, kumpulan ini juga kelihatan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Dalam satu
seminar anjuran kumpulan ini yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang pembentang kertas kerja bernama Amina Wadud
telah mengemukan pendapat yang cuba menolak hukum berkeluarga anjuran Islam.
Dalam membincangkan
tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada
para isteri.
Meskipun
mendapat bantahan dari perlbagai kalangan ulamak, cendekiawan dan seluruh lapisan masyarakat Islam, tidak kedengan sebarang
tindakan serius diambil.
Malah Persatuan
Ulamak Malaysia (PUM) pernah membuat percubaan untuk mendakwa kumpulan ini atas tuduhan menghina Islam tetapi telah ditolak
dengan pelbagai alasan.
Masyarakat
Islam mengharapkan pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka demi menjaga kesucian dan ketinggian Islam.
Percubaan
memperalatkan isu-isu seperti poligami dan penindasan wanita untuk menolak perlaksanaan Islam adalah satu konspirasi jahat.
Semua muslim
yang bertanggungjawab memang mahukan kehidupan harmoni dalam masyarakat Islam.
Pembetulan
bagaimanapun perlu dibuat berasaskan kerangka hukum hakam Islam yang jelas termaktub dalam al-Quran dan Sunnah.
Kita tidak
mahu wujud dalam masyarakat Islam kumpulan yang sanggup menjadi perkakas kepada musuh-musuh yang tidak rela melihat Islam
didaulatkan walaupun di kalangan umat Islam sendiri.