

MPKB lancar kad pintar
Kota Bharu, 3 April: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar
Raya Islam mencipta sejarah apabila menjadi bandar pertama di Asia yang menggunakan kad parking pintar. Exco kerajaan negeri
Haji Takiyuddin Hassan yang melancarkan kad berkenaan di laman Siti Khadijah berkata, sebagai bandar raya Islam, Kota Bharu
akan sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi yang bermanfaat. Kad yang dijual dengan harga RM30 dan RM50 itu membolehkan
pengguna selesa kerana tidak perlu bimbang dengan kehilangan baki siling. Penggunaan peringkat pertama kad terbabit akan dibuat
di Jalan Pintu Pong. Pemasangan meter pintar akan diselesaikan di seluruh MPKB dalam masa terdekat.



Tips Cakar Harimau Norbahiyah laris di Kota Bharu... Penceramah Motivasi Keluarga, Norbahiyah diserbu
penonton selepas menyampaikan ceramah "Menyulam kasih mahligai sakinah" bersama suami di Padang Perdana malam tadi (8 Mac).
Majlis dirasmikan Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Encik Abdul Patah Mahmood. Ribuan hadirin turut
dihiburkan oleh kumpulan dikir barat pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan artis jemputan, Megat Nordin.


LAWATAN MENGEJUT... Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin
Hassan mengadakan lawatan mengejut ke beberapa lokasi di pusat bandar Kota Bharu hari ini, 8 Mac. Lawatan ini bagi mempastikan
rancangan gotong royong yang dijadualkan antara 10 dan 17 Mac ini mencapai sasaran. Antara kawasan dilawati ialah Medan dan
Pasar Besar Siti Khadijah. Turut serta ialah Yang Dipertua MPKB, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman, pegawai-pegawai kanan MPKB
serta ahli-ahli majlis MPKB yang kebetulan mengadakan sidang penuh pada sebelah pagi.

BANTU IKS BERPOTENSI... Pihak kerajaan negeri terus memberi galakan kepada pengusaha industri kecil
dan sederhana (IKS) untuk terus berkembang. Encik Mohd. Norhadi Yaakob 8 Mac lalu menerima bantuan RM10,000 yang disampaikan
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Zulkifli Mamat di pejabatnya. Norhadi yang mengusahakan
industri kecil produk kacang soya bercadang membesarkan kilang kecil berhampiran rumahnya di Ketereh.

Assyura DUN Bunut Payong meriah. Majlis Assyura anjuran Muslimat dengan kerjasama Majlis Tidakan DUN (MTD) mendapat sambutan
meriah dari seluruh lapisan masyarakat. 6 kawah bubur Asyura berjaya disiapkan 6 pasukan yang mewakili mukim-mukim penghulu.
Acara peraduan melukis kanak-kanak dan ceramah oleh penolong pengarah (gejala sosial) Urusetia Pembangunan Belia, Ustaz Nasir
Mat Soh turut mendapat sambutan hangat.
|